Rabu, 9 September 2015

Perancangan Awal Perkahwinan

Perkahwinan, semua pasangan semestinya menginginkan kesempurnaan pada saat hari bahagia. Perancangan yang teliti perlu diambil berat bagi kesempurnaan majlis anda nanti. Sebaik-baiknya perancangan perlu diambil setahun sebelum majlis berlansung bagi mengelakkan berlaku kerja "last minute" yang mungkin boleh menyebabkan masalah pada diri anda.




Kebanyakkan dari penelitian yang kami buat memang memerlukan perancangan yang panjang bagi menjayakan satu majlis perkahwinan yang sempurna dan menurut aainies.blogspot.my yang dicatit semula dari majalah tentang tip perancangan perkahwinan.

Untuk memudahkan bakal pengantin membuat persiapan,perlu ada perancangan yang teliti dan rapi agar majlis dapat berlansung dengan lancar, Di sini Andaman Qaseh paparkan panduan yang mudah untuk bakal mempelai membuat perancangan majlis perkahwinan mereka.

12 BULAN SEBELUM
* Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah.
* Mengatur bajek yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
* Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel,dewan atau rumah.
* Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau buffet.

11 BULAN SEBELUM
* Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
* Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan.
* Mengintai-intai pakaian perkahwinan.
* Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dan lain-lain.

10 BULAN SEBELUM
* Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
* Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis.
* Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajek.

9 BULAN SEBELUM
* Mengumpul nama tetamu.
* Pilih katering atau masak sendiri, Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakan kesulitan di masa akan datang.
* Pilihan jurufoto & juruvideo.

8 BULAN SEBELUM
* Menempah lokasi dan tarikh majlis, (Khusus untuk dewan & hotel)
* Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir.

7 BULAN SEBELUM
* Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori.
* Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin.
* Memilih jurusolek.

6 BULAN SEBELUM
* Mula menempah kad perkahwinan.
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam.
* Menjalani ujian darah/HIV.

5 BULAN SEBELUM
* Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit,menyedang pakaian)
* Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan,kek pengantin,bunga pegang, penghias majlis)
* Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.

4 BULAN SEBELUM
* Pilih cincin kahwin.
* Menyiapkan gubahan hantaran(sama ada membuat sendiri atau menempah)

3 BULAN SEBELUM
* Memastikan kelengkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya.
* Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.

2 BULAN SEBELUM
* Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
* Bersama bakal pasangan menyedang pakian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
* Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)

SEBULAN SEBELUM
* Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu,sauna)
* Pastikan cincin dalam ukuran yang betul.
* Pastikan segala tempahan pelamin, juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar.
* Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan kasut.
* Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda.Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.

3 MINGGU SEBELUM MAJLIS BERLANSUNG
* Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
* Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis.

SEMINGGU SEBELUM.
* Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan.
* Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
* Hindari konflik, tenangkan hati.

DI HARI PERKAHWINAN.
* Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
* Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari.
* Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.


Setiap pasangan perlu menitik beratkan soal perancangan perkahwinan supaya majlis anda lebih sempurna. Anda juga boleh mendapatkan tip-tip perkahwinan pada pakar dalam majlis perkahwinan di internet seperti pakarcinta.com yang telah menyenarai semak majlis perkahwinan bagi memudahkan pasangan mengatur perkahwinan anda.

Senarai Semak Majlis Perkahwinan:

12 Bulan Sebelum Majlis.

- Tentukan majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua pihak.
- Menentukan bajet yang diperlukan untuk keseuma majlis termasuklah bajet pengangkutan, bajet kecemasan dan sebagainya.
- Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (Hantaran, Pelamin, Bilik Tidur dan Lain-Lain Perhiasan yang anda ingini.)
- Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel atau taman.


8 Bulan Sebelum Majlis.

- Mengenal pasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin diingini.
- Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon berbanding anda mencarinya sendiri.
- Tempah jurusolek dan juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
- Daftar kursus pra-perkahwinan.
- Bakal pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda).
- Dan lain-lain hantaran.


6 Bulan Sebelum Majlis

- Menghadiri kursus pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh jabatan agama islam, pejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta.
- Menempah kadi untuk majlis perkahwinan anda.
- Menempah videografi atau jurufoto untuk merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
- Memberi cincin kahwin.
- Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah katering.
- Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
- Contohnya menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban, pasukan kompang dan DJ.
- Melakukan rawatan badan untuk kesegaran.


3 Bulan Sebelum Majlis

- Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
- Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
- Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
- Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis pernikahan anda.
- Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
- Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari mana-mana jabatan agama islam untuk menikahkan anda.


2 Bulan Sebelum Majlis

- Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
- Menghantarkan kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.


3 Minggu Sebelum Majlis

- Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati.
- Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
- Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan tidak sesuai dengan bentuk anda.


3 Hari Sebelum Majlis

- Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
- Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
- Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya).
- Mandi air panas untuk bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
- Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
- Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (Begitu juga di pihak lelaki).


Usai Majlis

- Pastikan bawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
- Pastikan wang mas kahwin tersedia pada hari tersebut dan diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
- Pastikan wang (upah untuk diberikan oleh tok kadi).
- Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan.
- Ambil sarapan untuk elakkan lapar, mengantuk dan tidak maya.
- Jangan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
- Bertenang dan selalu senyum.
- Pastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang direncanakan.


Bagi yang ingin memudahkan lagi urusan perkahwinan anda, anda boleh membuat "checklist" supaya segala kelengkapan tidak terlepas pandang. Anda boleh mendapatkan "checklist" yang sedia ada di internet atau pun boleh ke syokkahwin.com untuk mendapatkan BUKU GERAK KERJA BAGI BAKAL PENGANTIN MALAYSIA - Checklist Untuk Anda Bermula -. Downloadkan file pdf tersebut untuk memudahkan anda mengurus majlis perkahwinan anda.

Semoga urusan perkahwinan anda berjalan dengan lancar dan sempurna, Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan