Rabu, 9 September 2015

Kahwin Muda

Perkahwinan ketika muda, adakah wajar?

Jika dilihat dari anak-anak remaja kini sudah menjadi "trendy" di sekolah untuk mempunyai "couple". Sesetengah ibubapa merasakan perkara ini adalah perkara kecil yang dipandang remeh. Adakala pasangan muda-mudi ini tidak merasakan malu dikhalayak ramai yang bergurau senda mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin.

Pemikiran sesetengah ibubapa kini pula terlalu focus kepada pendidikan yang lebih utama. Mereka memastikan anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan dan jawatan tertinggi  dan ini menjadi syarat utama untuk mendirikan rumah tangga. Adakah pernah kita terfikir bahawa usia anak-anak kita yang sudah sepatutnya berkahwin kerana gelora jiwanya yang sudah memuncak?

Masalah pemikiran orang melayu kita adalah berkahwin muda akan bercerai, kewangan masih tidak stabil, pendidikan belum tamat, masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai dan sebagainya. Adakah ini menjadi penghalang pemikiran kita? Tidakkah kita mempercayai ketentuan Allah SWT? Perlukah kita menyekat gelora jiwa anak-anak muda?



"    Perkahwinan Muhd Muaz, 15 dan pasangannya Nur Izzati Amiera Ishak, 17, yang berasal dari Kluang, Johor menjadi 'viral' dan tersebar secara meluas di laman sosial FACEBOOK kebelakangan ini.

Muhd Muaz dan Nur Izzati dinikahkan pada 30 November lalu dan dilaporkan perkahwinan mereka mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak dan menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara-perkara negatif, sebaliknya atas dasar keluarga.

Gambar majlis akad nikah itu turut dimuat naik oleh Nur Izzati yang baru menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).    "

Semoga pasangan muda ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan melalui kehidupan yang bahagia dan sempurna, amin.

Menurut gilakentang.com ada 15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan :

1. Sudah ada yang berkenan di hati.
2. Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan.
3. Mencari ketenangan.
4. Teman dalam pelajaran.
5. Teman dalam kehidupan.
6. Teman dalam perjuangan.
7. Hilang fokus.
8. Remaja lebih produktif.
9. Menjadi lebih bertanggungjwab.
10. Menjadi anak yang soleh.
11. Fikiran lebih matang.
12. Membaiki diri.
13. Plan jangka panjang.
14. Seks yang lebih berkualiti.
15. Rezeki bertambah.

Tahukah Anda : 10 Kebaikan dan Kelebihan Berkahwin Semasa Belajar Pada Usia Muda

Ketahui rahsia yang tersirat bagi pasangan muda semasa belajar yang mahu melangsungkan perkahwinan.  


Disini saya sertakan pesanan Farah Shahirah kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang ingin berkahwin muda.

"" KAHWIN MUDA MEMBUKA SERIBU PINTU REZEKI
*Jangan halang keinginan anak nak Kahwin* - Pesanan buat IbuBapa

1 . Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin , kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki . Perkahwinan atas nama Islam , sudah pasti akan diRedjai Allah .
2 . Janganlah dihalang keinginannya , kerana Allah sudah berjanji , barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudahkan segala urusan .
3 . Jangan sesekali risau pasal pelajaran , kerana ia takkan pernah berhenti . Hatta berkata sampai ke mati sekalipun , ilmu takkan pernah habis dicari .
4 . Walaupun dia belum bekerja , bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya . Sudah tercatat dalam Al-Quran " orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin .
5 . Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak . Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi , kerana semua adalah kerja Allah . Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri .
6 . Berkahwin itu menghalang maksiat . Daripada dia melihat perempuan/lelaki di sana sini . Lebih baik dia melihat isterinya saja . Dapat pahala lagi .
7 . Dengan berkahwin , anakmu akan jadi lebih bersemangat , bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan . Kerja juga menjadi lebih produktif .
8 . Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab . Jika ditanya manaMana suamu isteri pun , sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar sukaSuka .
9 . Jangan dilihat kematangan pada usia , tapi lihatlah pada peribadi dirinya , Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin , maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula .
10 . Ilmu agamanya sedikit cuma , tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu . Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah .
11 . Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan . Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula , bagi meraih lebih banyak pengalaman .
12 . Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja . Namun kiranya tiada dipersetujui , anakmu terima sepenuh hati . Kerana dia juga tahu , bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya .
13 . Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu , maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya . In Sha Allah , bukan calon Isteri/Suami dicari , tapi calon Ibu/Ayah kepada cucumu yang akan dicari .
14 .Apa pun jua keputusan dipilih , semoga Allah sentiasa memberkati . Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik . SamaSama kita berharap kepadaNya .
15 . Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluahkan isi hati . Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah , alangkah bagusnya . hihi  ""

Tiada ulasan:

Catat Ulasan